Wednesday, 29 February 2012

Filipina (156) vs (150) Malaysia

'semangat harimau'


Setelah kita menang 1-0 ke atas Sabah dalam perlawanan persahabatan tempoh hari, pasti nya kita telah berjaya mengembalikan momentum dalam skuad bola sepak kita. Moga-moga sebentar lagi kita boleh mengajar Filipina apa itu bola sepak sebenar.


Yakin boleh! Auuummmmmmmmmmmmmmmm!



Sementara itu,






'i pernah dengan dia, dengan yang lain pula, bla bla bla'



Ke situ pulak kau ya? Dah dah pergi main bola sepak sana!

Tuesday, 28 February 2012

Ops Pundit

'ehem ehem'


Dengan ini, Sultan Bola telah bertitah supaya Ops Pundit dilancarkan dengan segera bagi membersihkan nama beliau sendiri dipercayai berpunca dari pundit-pundit bola sepak yang sudah korup.


Pihak-pihak berkuasa sedang giat menjalankan siasatan bagi menangani gejala rasuah ini bagi menjaga nama baik sukan bola sepak di negara kita. Ini merupakan salah satu langkah yang bijak dari pihak berkuasa untuk membaik-pulih sistem sektor-sektor sukan kita yang telah korup menjelang tahun 2020 selaras dengan WAWASAN 2020.


'kita tak mahu pundit bola yang sudah korup'


K Rajagobal dari pihak atasan mengulas lebih dan memberi amaran kepada pundit-pundit bola yang sedia ada tapi tidak mahu menjalankan tugas supaya terus memberi komitmen dalam pengulasan bola sepak bagi menjaga maruah bola sepak kita yang sedia terkenal di seluruh dunia.


Ditanya lebih apa yang bakal berlaku jika perkara ini berterusan, beliau dengan nada separa keras berkata yang pihak atasan tidak teragak-agak untuk memecat para pundit ini dan akan diganti oleh individu yang lebih komited dalam pengulasan bola sepak.


Beliau juga mengalu-alukan muka-muka baru yang berminat dan berpotensi dalam mengulas tentang bola sepak sebagai persediaan untuk memecat para pundit yang sedia ada.

Ditanya lagi berapa lama masa yang diberikan untuk para pundit ini supaya kembali ke jalan yang benar, beliau mengulas;


Anda ada 60 saat.


Kah kah kah

Sunday, 26 February 2012

Musim Hadapan

'untuk anda'





'untuk kami'





Tahniah!

Thursday, 23 February 2012

Malaysia 0 - 4 Japan

Ada dua cara saja untuk aku ke stadium nasional bukit jalil untuk menonton skuad kebangsaan kita bermain. Sama ada dapat tiket free atau kawan-kawan mahu belanja dan semalam aku dapat tiket dari kawan kepada kawan yang mempunyai tiket lebih untuk masuk ke stadium. Memandangkan lawannya Jepun, aku pun berminat untuk turun ke stadium. Mana lah tahu Malaysia mampu menggegar gawang Jepun?

Ternyata aku silap.


Malaysia sebenarnya masih jauh lagi dari landasan untuk mencabar Jepun. Satu masa dahulu kita sendiri yang mengajar Jepun apa itu bola sepak dan sekarang, mereka pula yang mengajar kita cara-cara bermain bola sepak. Kita pula yang semakin ketinggalan di belakang mereka. Sampai bila, mungkin sampai kiamat nanti.
Keinginan aku untuk 'orgasm' bersama skuad kebangsaan kian hilang dan kelamaan, timbul sifat benci dan tak puas hati.

Apa yang aku lihat semalam, pada separuh masa pertama kita tak cuba untuk memegang bola malah suka tendang ikut arah telur sedangkan Jepun bermain senang dan mudah. Pada separuh masa kedua semakin teruk, kita diasak bertubi-tubi dan tak mampu berbuat apa-apa dan masing-masing sibuk garu telur. Tugas pemain Malaysia juga mudah, menghantar bola ke depan sekerap mungkin sehingga bunyi wisel tamat.


Kita juga mempunyai pemain yang sungguh lawa rambutnya, tapi itu tidak menjamin beliau boleh menjaringkan gol yang lawa. Inilah pemain kita sebenarnya, hanya tahu bergaya dari menjaringkan gol di atas padang.


Apa-apa pun, aku sangat kecewa semalam. Kalau kita kalah 8-0 sekalipun tak mengapa jika kita kalah dengan bermain cantik. Tapi realitinya, bola sepak kita hanya takat Asean saja, pencabar kita tak lain tak bukan hanya lah Singapura, Thailand dan Indonesia. Gaya permainan kita pun sampai bila macam ini aku tidak tahu. Aku bukan ultras dan aku mahu kualiti dalam bola sepak kita. Aku tidak terpekik seperti ultras malaya yang menyokong menggunakan kuasa bateri 90 minit.


Dan aku percaya, semakin lama penyokong akan sedar dan mahukan lebih untuk bola sepak kita. Zaman semakin maju dan kita mahu bola sepak kita setaraf dengan bola sepak di linga inggers. Itulah realitinya yang sukar diterima. Lain lah kalau anda ultras, anda boleh menyokong membabi-buta di stadium tanpa mendambakan sesuatu dalam bola sepak. Bagi aku, sukan yang kita boleh banggakan hanyalah skuasy dan badminton. Ibu sukan kita pula ke laut.


Terima lah realiti, bola sepak kita sebenarnya ke laut dan kita perubahan  dengan segera. Selagi tiada suara yang membantah FAM, selagi itu bola sepak kita akan tenat. Aku sayangkan bola sepak kita dan aku mahu skuad kebangsaan kita beraksi di tahap yang teratas sekali. Cukup lah dengan harapan palsu yang media taburkan kepada kita.


Jadi nak salahkan siapa kalau ada peminat bermentaliti seperti aku?

Friday, 17 February 2012

Rasuah & FAM

Bab rasuah ini memang tak patut wujud dalam kancah bola sepak tempatan kita. Tetapi masih lagi ada pihak-pihak yang bersifat materialistik yang mahukan keuntungan tanpa mengira halal haram. Kalau halal haram pun dah tak peduli, apatah lagi perasaan para penyokong bola sepak tempatan kita?


Walaupun aku kurang pengetahuan dalam bola sepak Malaysia gara-gara jarang mengikuti perkembangan semasa liga domestik, tetapi aku tahu rasuah dan sifat perkauman tidak patut ada di mana-mana sekalipun, termasuklah bola sepak. Bola sepak adalah untuk semua. Ianya bukan untuk para bookie yang sibuk mengatur perlawanan demi mencari keuntungan semata-mata, bukan untuk ahli politik atau orang istana yang inginkan sesuatu dalam bola sepak mengikuti kehendak mereka, tetapi ianya untuk kita yang gemarkan 'orgasm' bersama kelab bola sepak masing-masing.


Tapi inilah masalahnya, bola sepak kita sedang tenat dan ditambah pula dengan skandal rasuah yang melampau ini. Anda sendiri boleh mengagak apa yang akan terjadi jika badan induk bola sepak FIFA mengetahui yang FAM sebenarnya sudah korup dari pihak yang teratas sekali hinggalah ke para pemain. Aku boleh katakan jika ini terjadi, liga tempatan kita mungkin dibubarkan dan kita digantung lantas tidak layak bermain dalam mana-mana kejohanan sekalipun.


Masih ingat lagi skandal rasuah yang membabitkan lebih 100 pemain dan jurulatih pada tahun 1994-1995? Dari sini lah kita kehilangan majoriti peminat tegar bola sepak kita yang tidak layak dipanggil ultras dan sejak dari itu juga bola sepak kita merudum sehingga sekarang dan hari ini, ianya bukan samar-samar lagi yang bola sepak kita akan terus tenat sejak timbulnya isu rasuah semula. Malangnya, rasuah akan terus berleluasa dalam kancah bola sepak tempatan kita dan inilah antara faktor utama kenapa Malaysia tidak layak ke Piala Dunia sehinggalah kiamat nanti.


Kenapa rasuah ini gagal dibendung? Ada sumber yang mengatakan pegawai FAM termasuklah pihak atasan juga terlibat dalam kes ini. Benar atau tidak itu aku tak tahu tetapi semenjak isu rasuah 1994 kita sendiri boleh nampak secara hakiki nya yang bola sepak kita jatuh merosot sehingga lah hari ini. Jika pihak yang teratas pun sama dua kali lima, tak hairan lah Malaysia sekarang berada di ranking yang ke-150 berbanding ranking yang ke-75 pada Ogos 1993. Jauh panggang dari api.


Ok. Mari kita tanya mereka ini berita ini benar atau tidak.


'aaaaaaaaaaaaarrrrrr...'


'eeerrrrrrrrrrrrr...'


Lihat. Mereka sendiri tidak dapat memberikan jawapan yang tepat. Tak mengapa, kita teruskan saja.


Kalau ianya tidak benar sama sekali, kenapa bola sepak kita sungguh tenat sehingga kini? Mana badan induk bola sepak kita yang ditugaskan untuk mengembalikan zaman kegemilangan Malaysia dahulu?


Tapi kalau sebaliknya terjadi dan FAM memang terlibat dalam isu rasuah, siapa yang patut bertanggungjawab? Sudah tentu kerajaan. FAM dibawah kepimpinan kerajaan dan adakah mungkin juga kerajaan kita turut terlibat bersubahat? Itu aku tak tahu. Tapi apa yang pasti ini semua bakal memberi perspektif negatif pada bola sepak kita dari negara-negara lain.


Jadi mana silapnya?


Kualiti. Kurangnya kualiti dalam bola sepak kita sehingga wujudnya isu rasuah ini dan lain-lain. Tak kira sama ada kualiti dari atas padang ke persatuan bola sepak negeri dan ke kelab-kelab sehingga lah ke takuk kepimpinan FAM semuanya kurang dengan kualiti dari banyak aspek. FAM satu badan induk professional yang kita boleh katakan mengawal semua pergerakan bola sepak liga domestik termasuk pasukan kebangsaan kita. Kalau FAM sendiri kuat makan rasuah siapa lagi kita nak harapkan?


Mungkin kita masih boleh harapkan Sultan Bola. Heh.


'ingat, saya benci rasuah'


Jujur kata, aku sendiri mahu 'orgasm' bersama pasukan kebangsaan di peringkat yang tertinggi tapi ianya jelas Malaysia ternyata hanya mampu mempermainkan perasaan penyokong dan tak mampu menjanjikan lebih selain dari jaguh kampung saja. Agak sedih kerana aku sendiri tak sempat menonton bola sepak Malaysia di zaman kegemilangan era Mokhtar Dahari dan bila aku mula menonton, ianya sudah pun di tahap yang tenat.


Dan aku berkeras supaya FAM kembalikan detik-detik kegemilangan Malaysia dahulu. Setiap rakyat Malaysia sendiri pasti mahukan pasukan kebangsaan mereka mempunyai kualiti seperti kuasa-kuasa besar bola sepak dunia dan itulah yang gagal dicapai FAM sehingga hari ini, mungkin gagal seterusnya sampai bila-bila. Dan sebab kegagalan ini juga lah majoriti peminat bola sepak lebih gemar menonton dan menyokong kelab di liga inggeris. FAM pula akan terus gagal dan hanya makan rasuah sampai lebam.



Jadi nak salahkan siapa kalau ramai yang kurang gemar menyokong Malaysia?

Sunday, 12 February 2012

Racist Club is Racist

'ini kelab yang racist'


'ini pemain yang mengamalkan racisme'



'ini king yang mengamalkan racism'


Ianya akan menjadi perlawanan tradisi yang normal jika Suarez menyalam Evra tempoh hari. Tapi bukan itu sebenarnya yang terjadi.

Tahniah buat Suarez, kau telah membuat Liverpool terkenal dengan sifat racist dan bodoh sombong.

Plus, we would never ever buy your fucking fake apology towards Evra!

Friday, 10 February 2012

This is Old Trafford (Part 2)

Tak sabar rasanya nak tonton perlawanan yang kita boleh kata 'game of the week' ini. Ianya diklasifikasi sebagai 'game of the week' bukan kerana Liverpool ya, tetapi kerana team yang teramat power iaitu Manchester United.

Tidak apa, kita sebagai peminat menyu harus bersabar kerana jangan risau, pundit bola professional mengatakan yang menyu akan menang 2-0 sahaja. Ait! Tak boleh lebih lebih dah!


Jika sebelum ini kuda padi kita iaitu encik Evra di boo semasa bermain di Anfield, jangan tanya kenapa kalau encik Suarez dibaling botol di Old Trafford nanti ya. Tak guna betul budak racist ni.


Di sini saya ingin nyatakan yang budak menyu semuanya baik baik sahaja, tak ada langsung yang bersifat racist. Bukan seperti budak liverpool, sungguh racist sehingga di KFC i-City.



Mari kita pakai ramai ramai!


'lets kick racism out of football!'



'lets kick suarez out of football!'


Engko tunggu lah esok suarez!

Engko tunggu!

Thursday, 9 February 2012

Penulisan Logik: This is Old Trafford

Sabtu ini bakal menyaksikan pertemuan antara Manchester United vs Liverpool di Old Trafford pada pukul 8.45 malam. Jangan lupa untuk menyokong kelab masing-masing ya!


Suarez bakal kembali setelah digantung 8 perlawanan dan akan beraksi untuk pasukan Liverpool manakala Manchester United pula tetap akan menurunkan Evra walaupun sebelum ini mereka berdua mempunyai masalah perkauman ketika perlawanan lepas di Anfield.


Perlawanan sabtu ini merupakan perlawanan yang kita boleh katakan sengit kerana Manchester United sedang berusaha merapatkan kedudukan dengan pendahulu liga iaitu Manchester City. Liverpool pula sedang bersaing untuk mendapatkan kedudukan di tangga ke-4 bagi layak ke liga juara-juara musim depan.


Ok, cukup dengan penulisan logik saya. Ianya bosan dan seperti tiada keinginan untuk orgasm dalam bola sepak.


Selepas Luis 'rabbit' Suarez sah digantung 8 perlawanan akibat racist, semua rakan sepasukan menunjukkan sifat protes dengan memakai t-shirt yang tertera nama dan gambar beliau ketika sesi latihan. Apa silapnya di sini?

Silapnya ialah gambar dan nama tersebut. Ianya tentu baik jika mereka memakai t-shirt yang tertera 'lets kick racism out of football' bukan? Apa salahnya menyokong organisasi yang menolak bulat-bulat sifat perkauman di atas padang?  Nampak sangat sifat busuk hati dan sifat racist Liverpool sangat tinggi terhadap Manchester United. Entah apa entah Liverpool ni


'bangang betul'


Ini dia gambar budak racist tu. Harap harap beliau tak menunjukkan postur badan yang racist ketika bertemu pasukan power nanti ya. Dengar cerita tak nak handshake dengan Evra ya sabtu nanti? Tapi encik Kenny paksa juga. Tak tahu lah saya ianya benar atau tidak kerana orang orang Liverpool ini bukan boleh harap pun.

Keh keh keh.


'tak guna punya hitam, cilake'


'a true diver, a true racist'


Dan saya amat berharap Liverpool menang sabtu nanti.

Baru lah budak-budak Liverpool muncul kan?

Wednesday, 8 February 2012

Manchester United vs Chelsea!

heloo pipsssss! 
korang tgk dulu gambar ni!
yang mana favourite team korangg? jangan nak cakap korang penyokong fanatik chelsea laaa. kalau korg penyokong chelsea, puihhhhh kat muka korang. apa bodo laa korg g sokong team yg chelsea yg noob tu. let me tell you guys! MAN UTD 10 kali lagi bagus la dari chelshit tuuu. korg tak payah la susah susah pergi lepak mamak nk tgk match chelshit. kalau match chelshit lawan manchester, korg patot pergi tp redha je laa sebab dah sah sah yg MAN UTD akan performed very well compared to chelshit! baru baru ni korg tak perasan ke match MAN UTD yg player dia main awesome gila? bukan senang bhai nk buat come back yg gempak. chelshit mampu ke??! HAHA alaa, diorg selama ni tak noob mana pon, cuma malas je nak tunjuk kehebatan. lain la chelshit, suka membangga bangga diri. last last ke loji kumbahan najis jugak performance player diorgg. HAHA. kau! haaaa, kau laa! pehal nak hangin satu badan baca post aku? kau penyokong CHELSHIT? LOSERR!
tengok sikit gambar chelSHIT nii! HAHA

wehh, ape jadah la siak TERRY ni buat dalam kotak toys budak perempuan. noob dohh. mmg sumpah LOSER FOREVER! HAHA

well, glory glory MAN UTD!

Logik vs Kreatif

Penulisan yang logik bukan lah sesuatu yang mustahil bagi seseorang. Ianya mudah sahaja, hanya perlu menggunakan akal fikiran dan berfikir dengan bijak.

Orang kata, otak kanan itu logik. Otak kiri pula kreatif. Jadi nak salahkan siapa ini?


Seseorang itu mungkin suka menulis menggunakan otak kanan, iaitu logik. Sebagai contoh awam kita boleh gunakan, peminat Liverpool contohnya. Mereka ini juga boleh dipanggil 'invisible fan' kerana hanya muncul ketika Liverpool menang sahaja. Kalau sebelum perlawanan pun hanya setakat mampu 'YENUWA' di status facebook mahupun twitter. Keh keh keh


Sedikit tersasar dari tajuk, kita berbalik ke topik asal. Adakah logik itu perlu ada dalam setiap penulisan di blog seperti ini?


Jawapannya, perlu. Ya, memang perlu. Tetapi perlu untuk siapa?


Ianya perlu bagi mereka yang gemar menulis seperti editor-editor akhbar tempatan yang suka melegakan hati rakyat jelata ketika membaca muka surat belakang surat khabar. Selalunya berkenaan dengan berita Harimau Malaya kita.


Jadi di sini kita dapat simpulkan logik itu bukan lah dikatakan tidak perlu, tetapi ini adalah blog bola sepak yang underground dan bukan lah berdasarkan logik semata mata.



Kalau nak logik juga, pergi main catur sana.


Blog ini terbuka kepada semua penulis yang ingin menulis sesuatu tentang bola sepak, tak kira menggunakan logik atau tidak terpulang pada masing-masing. Tidak ada masalah.

Jadi di sini saya simpulkan yang peminat Liverpool hanya mampu menonton bola sepak dan memberikan prediksi professional berdasarkan otak kanan sahaja, iaitu logik.


Manakala peminat Manchester United pula menggunakan kedua-dua belah otak. Di sini kita boleh lihat peminat mana yang lebih bijak dalam menyokong kelab masing-masing. Kah kah kah



Oleh kerana kekurangan idea, saya selitkan gambar pejuang Liverpool yang teramat power ini.



'ok lah, power ni power'


Dengar cerita Legend ni tak nak minta maaf dengan Evra hujung minggu ni.

Apa cerita ni?

Monday, 6 February 2012

Maseh kecewa dengan tulisan x logik..

Penulisan yang xlogik hanyalah harapan palsu.. sehebat mane pun seseorang xkan boleyh die terbang macam superman.. kem² lain teriak melalak sebelum game macam orang gila menyatakan team die menang 11 - 0..
mungkin terjadi klo team die lawan team yang maen guna sebelah kaki je.. minggu ni setakat seri dan team konon² power terpaksa di selamat kan oleh 2 tendangan penalti lagi utk mengejar 3 gol ter dahulu dari chelsea.. kami dari KEM LIVERPOOL YPG ni berharap jugak menyu tuh menang tp.. sekadar seri pun boleyh la.. haishh.. xleyh harap btul la..

Pundit dalam post terdahulu xsedar agak nye kalau spurs menang.. mata die makin dekat dengan spurs.. (x pikir panjang..orang menyu yang fanatik pun xde pikir macam ni..) biasalah die nak team LIVERPOOL YPG ni kalah.. hehehe.. harapan palsu kamu xtercapai bro.. LIVERPOOL terikat  0 - 0 dengan spurs di gelanggang sendiri.. aksi bale kurang kelihatan.. LUIS suarez telah tunjuk kelibat nya setelah 8 game x maen.. xpe.. nanti dia akan membalas dendam pada hujung minggu ini..

*p/s : kalau nak orang lain baca post kamu.. tulis logik sikit.. penulisan unmatured..(wat malu fan kem sendiri je.. obses boleh.. melalak boleh.. sokong sebelum game pun boleh.. tetapi.. biar logik..) xkan dapat sambutan kalau berterusan begini. ini bola sepak.. bukan cerita komik naruto shipuden.. malu dah aku nak promote blog nih.. pepandai la ye kalau aku dah xpost kat sini.. sekian..

PEPATAH AKU:


KALAU BESAR SANGAT LUBANG JAMBAN,
LAGI BANYAK ORANG AKAN BERAK DIDALAM NYA.. HEHEHE..
*ntah pape ntah.. 





Friday, 3 February 2012

hooligan skinhead? jadah apa ini hooligan skinhead?

hooligan skinhead? jadah apa ini hooligan skinhead? amacam, baca tajuk je mesti dah berbulu tak sesabar nak abes'kan baca entry neh. apa ada hal.

sebut, cakap, fikir, berkhayal pasal hooligan skinhead 1st sekali mesti lu orang sume dah target mat mat botak yang pakai martens boot pergi tengok bola kat stadium naik vespa. sedikit lain dari ultras sebab ultras tak pakai boot, pakai sneakers. ultras kalau tak pakai sneakers pakai selipar jamban di-kira murtad. erk? so, apa ini hooligan skinhead? ultras kah mereka? sampah-kah mereka? gempak-kah mereka? power-kah mereka? sandarkan pada kenangan lalu-kah mereka?

gua sambung entry neh lain hari, cukup kalau gua selit-kan lagu lagu, bagi adik adik dengar dan fahami apa-kah itu hooligan ye wahai adik adik.

kita mula dgn band yang paling power abad neh, vocal taraf taraf atuk gua umur dia neh. power beb. sumpah tak tipu. bulan march dtg KL, ada show. lengkap lah skinhead gua kalau time show the oppressed neh gua sing along sekali atas stage dgn roddy. jemput dtg kita ber-mason bersama sama.




we're the people that you hate
the underclass that you creats
the hooligans out on your street
that you pray you'll never meet...its true

we're the violence in your town
the riot that you can't put down
we're the people you call scum
the one who will never run...from you

we're the hooligans, hooligans
we're the ones you've always hated
we're the hooligans, hooligans
we're the folks that you created
we;re the hooligans, hooligans
the people you call scum
we're the hooligans, hooligans
we're the one who'll never run from you

kita layan lagi ye, next



lirik adik adik cari sendiri, abg mls nak google.

banyak nye dlm hdd abg playlist lagu pasal hooligans, okay kita tukar layan lagu slow skit. well, adik adik, abg nak ajak adik adik semua turun s'pore seminggu lepas show atuk roddy kat kl. kita ada band ska, oldtimer ye adik adik. tp lagu neh die feat dgn rancid. apa itu rancid? punk? punk layan bola? maaf, laen hari kita cite pasal hooligan punk ye.



lagi sekali abang malas nak bagi lirik, google sendiri ye adik adik.

asyik band luar, kita layan skit band asia tenggara. kita cover 3 negara ye. singapore, indonesia juga malaysia.
mohon semua jgn komen mcm bangang, marah nt kawan kawan abg.

1st. singaporean band



2nd. indonesian band



3rd. malaysian band

lagu tak best, team apa best sangat neh? gua salah kan my-son amir. nak sgt cepat baca entry gua maka gua malas google dalam dalam. korang layan lah. jgn nangis, lagu sedih



okay lah gua habis-kan entry neh dengan gambar tragis kat bawah neh, peristiwa berdarah pergaduhan antara group hooligan skinhead kt moscow rusia. tak perlu gua sekolah'kan lu org semua group apa. next time okay next time. GUA STRESS

Wednesday, 1 February 2012

Prediction yang amat tepat!!!

okeyh.. seperti mana kem selain kem liverpool.. mereka xkan berani bagi prediction yang logic untuk team die..

so.. dengan bangga nya aku telah bagi prediction yang amat logic dan tepat dari Kem LIVERPOOL YPG!!

xpercaya?? baca post nih!! Terbitnya Phoenix Merah patuk idung Iblis merah bodoh sombong!!!

dan lagi sekali lagi aku menyanyi sorg2 kat bilik smbil tengok kebanggaan ramai telah menang dengan mudah nya dengan serigala jadian warna oren yang xjadi². Pihak serigala turut dah menanggung 9 game tanpa pernah menang.. hehehe.. terima kaseh kat team power gila iaitu LIVERPOOL

tunjuk gambar org amek penalti xcukup untuk bernyanyi ye adik²..  mari kite layan picture² yang menunjukkan player sebenar yang xperlu penalti meraikan goal..


ini dia.. setlelah lama xbuat gol pun leyh buat gol.. team power la katakan
(dabik dada.. hebat.. xperlu penalti kick..)


senyum yang menggoda setelah menjaringkan gol (bukan penalti kick oke!! duh~)


hehehe.. cium tangan walau die xmain bola tampar.. kan? aritu lawan setan merah die yang letak cheri atas kek. nih lawan team serigala jadian pun same.. hahahaha..

kami sayang kamu Dirk Kuyt.. kau telah membuat seorang penyokong setan merah memaki  Evra!! hahaha..




Macam Biasa

Bab sekolahkan pasukan ni memang sinonim sungguh dengan Manchester United. Dan sebab itu lah juga ianya dipanggil Manchester United.


Kalau tak sinonim itu namanya Liverpool.


Cukup dengan prakata saya, malam semalam macam biasa Manchester United mengajar pasukan dari bandar Stoke dengan kemenangan bergaya 2-0 hasil tolakan manja Javier "baby-face" Hernandez dan juga Dimitop Berbatop.

Manakala Manchester City pula disekolahkan oleh Everton dengan 1-0 hasil jaringan Darron Gibson yakni seorang bekas pemain Manchester United yang tersangat power.


Saya pula hanya mampu orgasm di dalam mimpi sahaja kerana perlawanan semalam teramatlah lewat iaitu pada pukul 4 pagi.


Jadi di sini tak perlu lah saya bercerita panjang lagi, kita enjoice saja gambar-gambar semalam ya.



'tolakan manja dari hernandez'



'tolakan manja dari berbatop'



'ini baru satu tendangan padu'



Gambar dari pihak Liverpool juga ingin saya selitkan beberapa keping, maklum lah menang 3-0 namun gambar tersebut tidak pula dijumpai.


Apa-apa pun, 5/2 kita jumpa Chelsea dan 11/2 pula kita jumpa Liverpool semula ya. Hanya tuhan saja yang tahu betapa sukarnya kebelakangan ini buat Manchester United dan jangan sesekali risau adik-adik, kerana hanya team yang power saja yang diuji sebegini rupa.

Team lain?


Tak power langsung.


Kah kah kah.