Thursday, 23 February 2012

Malaysia 0 - 4 Japan

Ada dua cara saja untuk aku ke stadium nasional bukit jalil untuk menonton skuad kebangsaan kita bermain. Sama ada dapat tiket free atau kawan-kawan mahu belanja dan semalam aku dapat tiket dari kawan kepada kawan yang mempunyai tiket lebih untuk masuk ke stadium. Memandangkan lawannya Jepun, aku pun berminat untuk turun ke stadium. Mana lah tahu Malaysia mampu menggegar gawang Jepun?

Ternyata aku silap.


Malaysia sebenarnya masih jauh lagi dari landasan untuk mencabar Jepun. Satu masa dahulu kita sendiri yang mengajar Jepun apa itu bola sepak dan sekarang, mereka pula yang mengajar kita cara-cara bermain bola sepak. Kita pula yang semakin ketinggalan di belakang mereka. Sampai bila, mungkin sampai kiamat nanti.
Keinginan aku untuk 'orgasm' bersama skuad kebangsaan kian hilang dan kelamaan, timbul sifat benci dan tak puas hati.

Apa yang aku lihat semalam, pada separuh masa pertama kita tak cuba untuk memegang bola malah suka tendang ikut arah telur sedangkan Jepun bermain senang dan mudah. Pada separuh masa kedua semakin teruk, kita diasak bertubi-tubi dan tak mampu berbuat apa-apa dan masing-masing sibuk garu telur. Tugas pemain Malaysia juga mudah, menghantar bola ke depan sekerap mungkin sehingga bunyi wisel tamat.


Kita juga mempunyai pemain yang sungguh lawa rambutnya, tapi itu tidak menjamin beliau boleh menjaringkan gol yang lawa. Inilah pemain kita sebenarnya, hanya tahu bergaya dari menjaringkan gol di atas padang.


Apa-apa pun, aku sangat kecewa semalam. Kalau kita kalah 8-0 sekalipun tak mengapa jika kita kalah dengan bermain cantik. Tapi realitinya, bola sepak kita hanya takat Asean saja, pencabar kita tak lain tak bukan hanya lah Singapura, Thailand dan Indonesia. Gaya permainan kita pun sampai bila macam ini aku tidak tahu. Aku bukan ultras dan aku mahu kualiti dalam bola sepak kita. Aku tidak terpekik seperti ultras malaya yang menyokong menggunakan kuasa bateri 90 minit.


Dan aku percaya, semakin lama penyokong akan sedar dan mahukan lebih untuk bola sepak kita. Zaman semakin maju dan kita mahu bola sepak kita setaraf dengan bola sepak di linga inggers. Itulah realitinya yang sukar diterima. Lain lah kalau anda ultras, anda boleh menyokong membabi-buta di stadium tanpa mendambakan sesuatu dalam bola sepak. Bagi aku, sukan yang kita boleh banggakan hanyalah skuasy dan badminton. Ibu sukan kita pula ke laut.


Terima lah realiti, bola sepak kita sebenarnya ke laut dan kita perubahan  dengan segera. Selagi tiada suara yang membantah FAM, selagi itu bola sepak kita akan tenat. Aku sayangkan bola sepak kita dan aku mahu skuad kebangsaan kita beraksi di tahap yang teratas sekali. Cukup lah dengan harapan palsu yang media taburkan kepada kita.


Jadi nak salahkan siapa kalau ada peminat bermentaliti seperti aku?

0 pendapat:

Post a Comment