Saturday, 24 March 2012

Apa itu Bola Sepak?

Kalau secara ringkasnya, definisi bola sepak adalah sukan antara dua pihak yang memerlukan 11 orang pemain dari kedua pihak tersebut dan bermain di atas padang rumput selama 90 minit mengikut peraturan yang sedia ada.

Sejarah tentang bola sepak itu aku tak perlu cerita.

Ukuran padang dan peraturan lain itu juga aku tak perlu jelaskan.


Bagi aku mudah, bola sepak ialah hiburan. Hiburan untuk semua tanpa mengira had umur. Hiburan yang paling 'murah'. Ianya hiburan untuk rakyat yang meminati sukan bola sepak dan disini aku nak perbetulkan sesuatu tentang bola sepak kerana ada yang bersuara; kalau anda tidak mahir bermain bola sepak, jadi anda tidak boleh kritik, sindir, kutuk dan sebagainya. Lihat cermin di rumah anda dulu katanya.


Jadi disini aku nak terangkan, engko sangat silap sebenarnya.


Bola sepak adalah sukan untuk rakyat. Sukan untuk rakyat yang menonton bola sepak untuk mencari hiburan. Kutukan dan sindiran itu hanyalah sebahagian dari hiburan yakni kita boleh katakan hiburan bersama kawan-kawan kita sendiri. Tidak perlu untuk emosional bila pasukan sendiri kalah dan dikutuk hebat. Kita sendiri bukan dari keturunan England dan kita bukan berasal dari sana. Aku sendiri menyokong atas dasar hiburan, semangat kesukanan, 'atmosphere' dan tak lupa juga kualiti permainan yang ditunjukkan dalam liga inggeris dan itu semua jarang kita dapat lihat di Malaysia.


Tahukah anda, bila anda emosional dan mengalami pendarahan dubur apabila disindir ataupun pasukan anda sedang dikutuk itu menunjukkan anda sedang berusaha keras meyakinkan kawan-kawan anda yang anda berketurunan England? Tidak perlu menjadi 'keyboard warrior' di facebook. Saya alu-alukan anda semua menulis di sini. Silakan. Tetapi ingat! Bukan menulis menggunakan 'semangat padayappa' ok?


Aku sendiri emosional apabila pasukan aku sendiri gagal memberi aku hiburan ketika aku 'turun padang'. Tetapi tidak lah sehingga ke tahap untuk berubah menjadi 'keyboard warrior' bukan?



Adakah anda bengang dengan gambar-gambar seperti ini?











Tidak perlu untuk bengang sebenarnya.


At the end of the day, it all was another part of football and sure, entertainment for us.


Dan ya, semua orang layak untuk berhibur mengikut cara masing-masing.

0 pendapat:

Post a Comment