Saturday, 31 March 2012

Cerita Malaysia Tak Ke Piala Dunia

'a very good read'


Cerita Malaysia Tidak Ke Piala Dunia. Walaupun telah berbulan buku ini diterbitkan, saya baru sahaja mendapatkannya semalam di Pekan Frinjan semalam. Buku yang sangat bagus bagi mereka yang ingin mengetahui bagaimana Malaysia melalui detik-detik sukar untuk ke Piala Dunia secara konsisten nya selama 40 tahun, bagaimana Malaysia yang dahulu di ranking yang ke-75 pada Ogos 1993 jatuh merudum ke ranking yang ke-152 sekarang. Ianya buku yang hanya cerita tentang realiti bola sepak kita.


Prakata yang kencang, pascakata yang diisi dengan angan angan indah demi bola sepak kita cukup membuat saya rasa teruja dengan idea penulis. Formula dan solusi yang bernas turut diselit penulis di penghujung cerita bagi memartabat kembali bola sepak kita yang gah di peringkat Asia (bukan Asia Tenggara) suatu ketika dahulu.


Kagum dengan penulis, Lucius Maximus yang entah mana arkib beliau buka dari tahun 1970 sehingga sekarang hanya untuk terbitkan buku yang berilimiah ini.


Sebagai konklusi, saya galakkan Ultras yang sibuk menyokong dengan menggunakan bateri berkuasa 90 minit  supaya mebaca buku yang power ini lantas sedar yang bola sepak kita perlukan perubahan drastik. Seterusnya tidak lagi menyokong menggunakan bateri. Keh keh keh



Akhir kata dari saya, Majulah Bola Sepak Untuk Negara!



Buku boleh didapati di Dubook Press

Saturday, 24 March 2012

Apa itu Bola Sepak?

Kalau secara ringkasnya, definisi bola sepak adalah sukan antara dua pihak yang memerlukan 11 orang pemain dari kedua pihak tersebut dan bermain di atas padang rumput selama 90 minit mengikut peraturan yang sedia ada.

Sejarah tentang bola sepak itu aku tak perlu cerita.

Ukuran padang dan peraturan lain itu juga aku tak perlu jelaskan.


Bagi aku mudah, bola sepak ialah hiburan. Hiburan untuk semua tanpa mengira had umur. Hiburan yang paling 'murah'. Ianya hiburan untuk rakyat yang meminati sukan bola sepak dan disini aku nak perbetulkan sesuatu tentang bola sepak kerana ada yang bersuara; kalau anda tidak mahir bermain bola sepak, jadi anda tidak boleh kritik, sindir, kutuk dan sebagainya. Lihat cermin di rumah anda dulu katanya.


Jadi disini aku nak terangkan, engko sangat silap sebenarnya.


Bola sepak adalah sukan untuk rakyat. Sukan untuk rakyat yang menonton bola sepak untuk mencari hiburan. Kutukan dan sindiran itu hanyalah sebahagian dari hiburan yakni kita boleh katakan hiburan bersama kawan-kawan kita sendiri. Tidak perlu untuk emosional bila pasukan sendiri kalah dan dikutuk hebat. Kita sendiri bukan dari keturunan England dan kita bukan berasal dari sana. Aku sendiri menyokong atas dasar hiburan, semangat kesukanan, 'atmosphere' dan tak lupa juga kualiti permainan yang ditunjukkan dalam liga inggeris dan itu semua jarang kita dapat lihat di Malaysia.


Tahukah anda, bila anda emosional dan mengalami pendarahan dubur apabila disindir ataupun pasukan anda sedang dikutuk itu menunjukkan anda sedang berusaha keras meyakinkan kawan-kawan anda yang anda berketurunan England? Tidak perlu menjadi 'keyboard warrior' di facebook. Saya alu-alukan anda semua menulis di sini. Silakan. Tetapi ingat! Bukan menulis menggunakan 'semangat padayappa' ok?


Aku sendiri emosional apabila pasukan aku sendiri gagal memberi aku hiburan ketika aku 'turun padang'. Tetapi tidak lah sehingga ke tahap untuk berubah menjadi 'keyboard warrior' bukan?



Adakah anda bengang dengan gambar-gambar seperti ini?











Tidak perlu untuk bengang sebenarnya.


At the end of the day, it all was another part of football and sure, entertainment for us.


Dan ya, semua orang layak untuk berhibur mengikut cara masing-masing.

Thursday, 22 March 2012

Post Match: Liverpool & Chelsea

'If you can't support us when we draw or lose, don't support us when we win' - Bill Shankly


Ungkapan di atas serupa dengan ungkapan ultras.


Jadi apa hasilnya?

'kalah 3-2'


'big four? bukan lagi!'


'pepe reina cangkung dan berak atas padang'


(Ketika Ditemuramah)
Sebagai pundit bola professional, apa yang saya lihat mereka gagal mengekalkan momentum di atas padang; sama seperti pasukan kebangsaan kita tewas 2-3 dengan pasukan Bahrain suatu ketika dahulu.

Apa yang saya boleh cadangkan disini, mereka perlu bersatu padu demi King Kenny@Konek dan kalah lagi 9 perlawanan untuk berada di kedudukan 'bottom 10' dan tidak menjadi bualan isu semasa dan hilang dari pandangan orang ramai lantas 'We Won It 5 Times' tidak lagi akan didengari di mana mana.

Apa lagi yang saya boleh jelaskan? Mereka perlu buang sifat sejarahwan mereka dan ikut jejak langkah pendahulu liga sekarang yakni Manchester United untuk terus kekal bersaing untuk kedudukan 'big four' dalam liga inggeris untuk masa akan datang.

(Dalam Hati)
Engko tu memang tak power sebenarnya.




Sementara itu di Ettihad Stadium,



'sindiket black money berjaya ditumpaskan'


(Ketika Ditemuramah)
Sindiket 'black money' sememangnya sudah tidak relevan di masa kini dan The Citizen dengan berbekalkan 'arab's money' ternyata lebih berkuasa di atas padang semalam. Chelsea perlu mengubah operasi 'black money' untuk jadi lebih efektif dan efisien dari masa ke semasa untuk terus kekal bersaing dengan kuasa kuasa besar di liga inggeris.

Dengan kekalahan Chelsea semalam, perlawanan tumpuan antara The Citizen dan Red Devils bakal berlangsung pada 30 April dan kita akan lihat adakah kuasa jahat setan merah mampu menewaskan para penduduk middle earth setelah mereka menumpaskan sindiket 'black money' dengan mudah.

(Dalam Hati)
Ah Chelsea engko tu memang tak boleh harap langsung.




Apa lagi yang saya boleh jelaskan? Dua dua team kodok.

Sunday, 4 March 2012

Kisah Hujung Minggu

Yang pertama, Liverpool tewas 1-2 kepada Arsenal.

Dengan ini Liverpool berada di tangga ke-7 dengan 39 mata dari 26 perlawanan setakat ini. Power betul!






Yang kedua, Chelsea tewas kepada West Brom dengan jaringan 1-0.

Dulu aku cakap Chelsea ni tak power korang marah. Sekarang tengok apa dah jadi?






Yang ketiga, Andre Villas-Boas dipecat serta merta selepas kekalahan semalam.

Dengan ini Chelsea berjaya mencapai target mereka iaitu mempunyai 8 jurulatih dalam masa 8 tahun.


'puas hati saya, ulas ashley cole'





Yang keempat dan terakhir, Man Utd menang bergaya 1-3 ke atas Spurs semalam.

Tak perlu saya cerita panjang, ini sememangnya pasukan yang paling power di dunia.





Ohh gembira betul saya minggu ini!

Saturday, 3 March 2012

Greater Glory!

"Kenny Dalgish said he was hoping the Carling cup Win will inspire his players to push for greater glory"

Greater glory?


Biar saya tunjukkan apa itu greater glory.



'ini greater glory'


'ini greater glory'


'ini bukan greater glory'


'dan ini juga bukan greater glory'


Cuba lagi musim hadapan ya! For greater glory!

Dan jika mahu tahu lebih lanjut apa itu greater glory sebenarnya, tonton perlawanan team power malam ini.

Sekian.