Saturday, 31 March 2012

Cerita Malaysia Tak Ke Piala Dunia

'a very good read'


Cerita Malaysia Tidak Ke Piala Dunia. Walaupun telah berbulan buku ini diterbitkan, saya baru sahaja mendapatkannya semalam di Pekan Frinjan semalam. Buku yang sangat bagus bagi mereka yang ingin mengetahui bagaimana Malaysia melalui detik-detik sukar untuk ke Piala Dunia secara konsisten nya selama 40 tahun, bagaimana Malaysia yang dahulu di ranking yang ke-75 pada Ogos 1993 jatuh merudum ke ranking yang ke-152 sekarang. Ianya buku yang hanya cerita tentang realiti bola sepak kita.


Prakata yang kencang, pascakata yang diisi dengan angan angan indah demi bola sepak kita cukup membuat saya rasa teruja dengan idea penulis. Formula dan solusi yang bernas turut diselit penulis di penghujung cerita bagi memartabat kembali bola sepak kita yang gah di peringkat Asia (bukan Asia Tenggara) suatu ketika dahulu.


Kagum dengan penulis, Lucius Maximus yang entah mana arkib beliau buka dari tahun 1970 sehingga sekarang hanya untuk terbitkan buku yang berilimiah ini.


Sebagai konklusi, saya galakkan Ultras yang sibuk menyokong dengan menggunakan bateri berkuasa 90 minit  supaya mebaca buku yang power ini lantas sedar yang bola sepak kita perlukan perubahan drastik. Seterusnya tidak lagi menyokong menggunakan bateri. Keh keh keh



Akhir kata dari saya, Majulah Bola Sepak Untuk Negara!



Buku boleh didapati di Dubook Press

0 pendapat:

Post a Comment