'ehem ehem'
Dengan ini, Sultan Bola telah bertitah supaya Ops Pundit dilancarkan dengan segera bagi membersihkan nama beliau sendiri dipercayai berpunca dari pundit-pundit bola sepak yang sudah korup.
Pihak-pihak berkuasa sedang giat menjalankan siasatan bagi menangani gejala rasuah ini bagi menjaga nama baik sukan bola sepak di negara kita. Ini merupakan salah satu langkah yang bijak dari pihak berkuasa untuk membaik-pulih sistem sektor-sektor sukan kita yang telah korup menjelang tahun 2020 selaras dengan WAWASAN 2020.
'kita tak mahu pundit bola yang sudah korup'
K Rajagobal dari pihak atasan mengulas lebih dan memberi amaran kepada pundit-pundit bola yang sedia ada tapi tidak mahu menjalankan tugas supaya terus memberi komitmen dalam pengulasan bola sepak bagi menjaga maruah bola sepak kita yang sedia terkenal di seluruh dunia.
Ditanya lebih apa yang bakal berlaku jika perkara ini berterusan, beliau dengan nada separa keras berkata yang pihak atasan tidak teragak-agak untuk memecat para pundit ini dan akan diganti oleh individu yang lebih komited dalam pengulasan bola sepak.
Beliau juga mengalu-alukan muka-muka baru yang berminat dan berpotensi dalam mengulas tentang bola sepak sebagai persediaan untuk memecat para pundit yang sedia ada.
Ditanya lagi berapa lama masa yang diberikan untuk para pundit ini supaya kembali ke jalan yang benar, beliau mengulas;
Anda ada 60 saat.
Kah kah kah


0 pendapat:
Post a Comment