Wednesday, 8 February 2012

Logik vs Kreatif

Penulisan yang logik bukan lah sesuatu yang mustahil bagi seseorang. Ianya mudah sahaja, hanya perlu menggunakan akal fikiran dan berfikir dengan bijak.

Orang kata, otak kanan itu logik. Otak kiri pula kreatif. Jadi nak salahkan siapa ini?


Seseorang itu mungkin suka menulis menggunakan otak kanan, iaitu logik. Sebagai contoh awam kita boleh gunakan, peminat Liverpool contohnya. Mereka ini juga boleh dipanggil 'invisible fan' kerana hanya muncul ketika Liverpool menang sahaja. Kalau sebelum perlawanan pun hanya setakat mampu 'YENUWA' di status facebook mahupun twitter. Keh keh keh


Sedikit tersasar dari tajuk, kita berbalik ke topik asal. Adakah logik itu perlu ada dalam setiap penulisan di blog seperti ini?


Jawapannya, perlu. Ya, memang perlu. Tetapi perlu untuk siapa?


Ianya perlu bagi mereka yang gemar menulis seperti editor-editor akhbar tempatan yang suka melegakan hati rakyat jelata ketika membaca muka surat belakang surat khabar. Selalunya berkenaan dengan berita Harimau Malaya kita.


Jadi di sini kita dapat simpulkan logik itu bukan lah dikatakan tidak perlu, tetapi ini adalah blog bola sepak yang underground dan bukan lah berdasarkan logik semata mata.



Kalau nak logik juga, pergi main catur sana.


Blog ini terbuka kepada semua penulis yang ingin menulis sesuatu tentang bola sepak, tak kira menggunakan logik atau tidak terpulang pada masing-masing. Tidak ada masalah.

Jadi di sini saya simpulkan yang peminat Liverpool hanya mampu menonton bola sepak dan memberikan prediksi professional berdasarkan otak kanan sahaja, iaitu logik.


Manakala peminat Manchester United pula menggunakan kedua-dua belah otak. Di sini kita boleh lihat peminat mana yang lebih bijak dalam menyokong kelab masing-masing. Kah kah kah



Oleh kerana kekurangan idea, saya selitkan gambar pejuang Liverpool yang teramat power ini.



'ok lah, power ni power'


Dengar cerita Legend ni tak nak minta maaf dengan Evra hujung minggu ni.

Apa cerita ni?

0 pendapat:

Post a Comment