Monday 14 May 2012

Kasihan Bukan Benci



Maka berakhirlah kesemua perlawanan ke-38 liga inggeris dengan Man Ciy muncul juara di minit minit akhir dengan jaringan Sergio Aguero menghancurkn hati kita semua. Kalah di selekoh terakhir dengan nipis memang pedih, walaubagaimanapun kita harus telan juga adik adik. Tapi perlu diingat, perjuangan bukan tamat disini dan sebab itu lah istimewa nya Man Utd dan rakan rakan. Nampak?


'salah seorang peminat man utd yang berdebar'



BELIEVE.

Perkataan BELIEVE ni memang tiada tandingannya dengan perkataan team kodok yang lain.

"Team kodok? Siapa yang team kodok sekarang?", ujar salah seorang peminat sementara Man City.


"Tengok gaya sokongan pun sudah tahu", detik hati kecil saya.


Perlawanan semalam cukup dramatik, cukup mendebarkan dan itu lah yang membuatkan semua orang alpa dan leka dengan liga inggeris yang berketekanan tinggi seperti perlawanan semalam sehingga membuatkan satu kelab begitu tersisih dan tiada siapa yang peduli. Nampak?

Inilah persoalan sebenar. Di mana kopites? Di mana rakan kop yang lain?

Ada yang sedang memandu dan konon konon chill hanya membuat panggilan bertanya khabar. Segelintir juga sudah makin cerdik dan tidak mahu menunjukkan rasa benci yang teramat di laman sosial seperti Facebook dan Twitter. Tapi dalam hati mereka saya tahu, mereka sebenarnya memang ternyata benci Man Utd dari zaman paleolitik lagi; dan juga mengharapkan pasukan lain yang boleh membuat mereka orgasm di tahap yang tertinggi. Majoriti kopites pula sedang bersorak di D'Stall Corner. Bukan kerana pasukan mereka kalah, tetapi kerana Man City berjaya menjuarai liga mengatasi Man Utd!


Bukan YNWA, tapi IMPOTENCE. Inilah perkataan yang paling sesuai untuk kopites yang gemar mengharapkan pasukan lain membuat mereka orgasm tatkala pasukan mereka sendiri tidak mampu mengalahkan Man Utd dan kalah pada waktu yang sama. Nampak?


Begitu power penangan perlawanan semalam, klasik dan cukup dramatik sehingga penyokong dari kelab entah mende mende turut tumpang berdebar sekali. Inilah dia perlawanan sebenar yang mempunyai tujuan; bukan seperti perlawanan lain yang lebih kepada makan kuaci sambil tonton. Tidak ada debar. Walaubagaimanapun, sampai pada satu tahap juga kita perlu sedar sebenarnya pihak dari Man Utd tidak pernah benci dengan kejayaan atau kemunduran mana mana pasukan lain. Ianya lebih kepada kasihan dan simpati semata-mata. Dan kerana sifat kasihankan kelab ini lah yang membuatkan para penyokong pasukan lain menjadi dengki dan busuk hati. Nampak?


Realitinya, Man Utd kalah tanpa sebarang piala musim ini dan kekal di tangga ke-2 sambil kelab entah mende mende kekal di tangga entah mende mende. Sama seperti Man Utd dan ahli politik negara kita, saya juga mempunyai agenda tersendiri bermula musim hadapan iaitu menghancurkan harapan umat kopites di D'Stall Corner. Kami akan kembali bermain bola pap pap gol bermula musim hadapan. Mohon kopites bersedia.


Apa apa pun, jutaan terima kasih saya ucapkan buat penyokong dari kelab entah mende mende kerana turut tumpang berdebar bersama kami! Terima kasih sekali lagi!





Psstt! Bukan peminat Man Utd yang patut disedarkan sebenarnya, peminat Liverpool yang perlu sedar kerana suka buat kerja orang lain. Ye dak?

Sunday 6 May 2012

Perlawanan ke-37

Ramai yang berdemonstrasi dalam perhimpunan Bersih lepas mahu saya tunduk seketika pada rakyat dan ya, saya tunduk buat entri kali ini. Tetapi agak lucu juga masih ramai yang tidak faham dan tidak tahan dengan usikan bola. Mereka masih bermati-matian mempertahankan maruah kelab masing-masing. Kepala bana apa? Mereka sebenarnya perlu faham konsep asas bila kalah, sedia terima kutukan, bila menang, perlu riak, angkuh dan bongkak di tahap yang paling dewa sekali. Kalau tidak, sila sokong Melaka United saja. Kenapa? Kerana ini adalah hiburan. Perkara normal. Tidak mahu berhibur atau orgasm ketika pasukan anda menang? Tutup tv.


Cukup, kita teruskan.


Kekalahan itu pahit dan bukan semua mahu menelannya. Kita pula hampir dengan kekalahan.

Perlawanan ke-37 menyaksikan Manchester City masih kekal di puncak apabila berjaya menewaskan Newcastle United dengan jaringan 2-0 dan selesa dengan perbezaan 8 gol. Kini harapan terakhir umat Manchester United bergantung pula kepada Cisse dari QPR, bukan Cisse dari Newcastle United. Tanggal 13 Mei bakal menyaksikan siapa yang lebih power untuk bergelar juara liga. Hanya tinggal satu perlawanan terakhir. Satu perlawanan, satu niat, satu harapan, satu Manchester United. Mohon debor pada perlawanan ke-38 nanti.


'selesa'


'bersorak awal'


'harapan terakhir umat menyu'





Sementara itu di Old Trafford,



'kerja keras'


'tidak mahu mengaku kalah'


"I don't know how many times I've said it but without the support we've got we wouldn't be near winning the championship for the past 20 years. So thank you, every one of you. Well done.

"I'd like to thank all my medical and coaching staff, the directors for supporting us the way they do. And hopefully next week we'll have the biggest celebration of our lives. So let's be there!

"Once again, thank you for your fantastic support. Well done, all the best."

Di sini saya juga ingin mengambil peluang berterima kasih kepada mereka yang menyokong saya selama ini, menyokong Manchester United dengan penuh lantang dan power, orgasm bersama-sama ketika Rooney hatrik dan tidak lupa juga orgasm ketika menewaskan pasukan kodok yang lain . Keh keh keh

Buat mereka yang terima dan terhibur dengan usikan bola, syabas.

Buat mereka yang masih pandir dan tetap pandir dengan usikan bola, syabas juga lah.

Cukup dengan ucapan penghargaan, jadi tunggu apa lagi? Mari bersiap sedia untuk meraikan kejayaan yang paling power sekali tahun ini! Jika tidak, saya bersama penyokong lain akan seperti biasa kembali menyalak dengan lebih kuat lagi musim hadapan, demi bola sepak sebenar; tidak seperti penyokong pasukan lain yang lebih gemar menyimpan telur di dalam kerandut masing-masing. Keh keh keh


Mari menyalak beramai-ramai!




And not to worry guys, we're still on track to achieve 20.


Have faith and godspeed.


And yes, #GGMU

Sunday 15 April 2012

Sunday 8 April 2012

Sunday 1 April 2012